Friday 19 February 2010

Seksaan Meninggal Solat

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari, bahawasanya Abul Malieh berkata:
"Adalah kami bersama Buraidah dalam suatu peperangan di hari yang mendung, maka Buraidah berkata: "Bersegeralah mengerjakan solat Asar kerana sesungguhnya Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa meninggalkan solat Asar, maka sesungguhnya telah binasalah amalannya."
.
Berikut adalah ancaman kepada mereka yang meninggalkan salah satu dari solat-solat yang wajib:
.
1. Fardhu Isyak
Allah tidak redha ia hidup di bumiNya dan menggesa ia mencari bumi yang lain.
.
2. Fardhu Asar
Seperti dosa membunuh seribu (1,000) orang Islam.
.
3. Fardhu Zuhur
Seperti dosa meruntuhkan Kaabah.
.
4. Fardhu Maghrib
Seolah-olah ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).
.
5. Fardhu Subuh
Diseksa selama 60 tahun di dalam neraka.

Seksa Neraka Untuk Perempuan Maksiat

Sayidina Ali r.a menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis
manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul
menangis.
Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat
perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan
berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena,
menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku
lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan
timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya
sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya
dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam,
memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke
dalam peti yang dibuat dari api
neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena
penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan
dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari
duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"
kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung
rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup
rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat
tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat
kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa
izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan
nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk
lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena
ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan
berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya
diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak
mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti bab* dan badannya seperti himar ialah
tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah
perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan
inilah peringatan kepada kaum perempuan

15 Seksaan Di Dunia,Akhirat Jika Tinggal Solat Fardhu

15 seksaan di dunia, akhirat jika tinggal solat RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata." Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan. Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW: "Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab." Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat. Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?" Jawab Baginda: Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidupan mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka). Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya). Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya. Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik). Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran. Doanya ditolak Allah. Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: "Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: "Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya." Kemudian bertanya lagi sahabat: "Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?" Jawab Baginda: Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan. Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar. Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut. Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam kuburnya?" Rasulullah SAW bersabda: "Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya, dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari kiamat tanpa henti." Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja'ul akra', yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat. Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: "Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh." Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta. Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat. Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat ketika di depan Allah?" Jawab Baginda: "Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap. "Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar." Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah. Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya. Firman Allah bermaksud; "Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka." (Surah Maryam, ayat 59).

Kisah Neraka Allah Bagi Umatnya Yang Melanggar Perintahnya

RASULULLAH SAW terlalu sayangkan umatnya. Hal ini ternyata apabila Baginda diberitahu oleh Jibrail bahawa ada umat Baginda risau dan sedih serta pengsan apabila diberitahu Jibrail bahawa ada umatnya yang berdosa dan tidak sempat bertaubat atas perbuatannya bakal menjadi penghuni neraka.

Begitu cintanya Rasulullah kepada umatnya. Diriwayatkan daripada Yazid Arraqqasyi daripada Anas bin Malik berkata, malaikat Jibril datang kepada Rasulullah dengan air muka yang berubah.

Kemudian Rasulullah bertanya: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu kerana Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka. Maka, tidak layak bagi orang yang mengetahui neraka jahanam, seksa kubur dan seksa Allah itu benar untuk bersuka-suka sebelum dia berasa aman daripadanya."

Rasulullah kemudian bersabda: "Ya Jibril, jelaskan kepada aku bagaimana sifat neraka jahanam?"

Jawabnya: "Ketika Allah menjadikan Jahanam, ia dinyalakan selama 1,000 tahun sehingga warnanya bertukar putih. Kemudian dinyalakan lagi sehingga 1,000 tahun sehingga warnanya hitam dan ia tidak pernah padam.

“Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, jika ia terbuka walaupun hanya sebesar lubang jarum, seluruh penduduk dunia akan terbakar kerana kepanasannya!

"Jika baju ahli neraka digantung antara langit dengan bumi, manusia di dunia akan mati kerana panasnya dan jika satu pergelangan daripada rantai yang disebut dalam al-Quran itu diletakkan di atas bukit, ia akan cair sehingga ke bawah bumi yang ketujuh.

"Neraka jahanam sangat dalam dan perhiasannya daripada besi. Minuman untuk penghuninya campuran air panas dan nanah manakala pakaian mereka diperbuat daripada potongan api. Api neraka mempunyai tujuh pintu.

“Setiap pintu itu pula mempunyai bahagian tertentu daripada lelaki dan perempuan."
Rasulullah bertanya: "Apakah pintu itu seperti pintu rumah kami?"
Jawab Jibril: "Tidak, tetapi ia selalu terbuka. Jarak setiap pintu bersamaan dengan tempoh selama 70,000 tahun dan setiap pintu itu panasnya lebih 70 kali ganda."

Rasulullah bertanya: "Siapakah yang duduk di setiap pintu itu?"
Jawab Jibril: "Pintu yang paling bawah untuk orang munafik, orang kafir selepas turunnya mukjizat Nabi Isa serta keluarga Firaun bernama Al-Hawiyah.

"Pintu kedua untuk orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga untuk orang Shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat untuk iblis dan pengikutnya daripada kaum Majusi bernama Ladha.

"Pintu kelima untuk orang Yahudi bernama Huthomah dan pintu keenam untuk orang Nasara bernama Sa'eir." Jibril kemudian terdiam hingga Rasulullah bertanya: "Mengapa kau tidak beritahu siapa yang akan menduduki pintu ketujuh?"
Jawabnya: "Dalamnya adalah umatmu yang berdosa besar dan mati sebelum sempat bertaubat".

Rasulullah pengsan apabila mendengar jawapan Jibril itu. Jibril kemudian meletakkan kepala Rasulullah pada pangkuannya hingga Baginda sedar dan bersabda:
"Ya Jibril, aku begitu risau dan sedih. Adakah akan ada seorang daripada umatku yang akan masuk neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar daripada kalangan umatmu."

Rasulullah kemudian menangis, begitu juga dengan Jibril. Baginda kemudian masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk pergi bersembahyang.

Daripada hadis qudsi: "Tahukah kamu bagaimana neraka jahanam itu?"

Pertama, ia mempunyai tujuh tingkat di mana setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung dan setiap kampung pula mempunyai 70,000 rumah.

Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik manakala setiap bilik mempunyai 70,000 kotak. Bagi setiap kotak, ia mempunyai 70,000 batang pokok zarqum.

Di bawah setiap pokok zarqum, ada 70,000 ular dan dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta itu mengandungi lautan racun hitam.

Di bawah setiap pokok zarqum itu juga, ia mempunyai 70,000 rantai dansetiap rantai itu diseret oleh 70,000 malaikat.tnya yang akan masuk ke neraka pada hari akhirat nanti.

Wajib Menghormati Keturunan Rasulullah S.a.w Yang Suci

Wahai anakku hendaknya engkau menghormati keturunan Rasulullah saaw yang suci,yaitu keturunan Ali dan Fathimah shalawatullah alaihimassalam. Sebab mencintai mereka merupakan kewajiban yang dijadikan ALLAH Swt: katakanlah,"aku tidak meminta padamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan." Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengammpun Lagi Maha Mensyukuri.(al-Syura:23) karenanya,muliakanlah mereka sesuai kemampuanmu agar engkau memperoleh ridha ALLAH Swt dan RasulNya Saaw serta mendapat kebaikan di dunia maupun di akhirat.

Rasulullah Saww bersabda,"Syafaatku akan terwujud untuk orang yang menolong keturunanku, baik dengan tangannya,lidahnya,maupun hartanya." Dalam hadis lain di sebutkan bahwa Rasulullah saw bersabda," Cintailah oleh kalian,anak cucuku yang soleh karena ALLAH. Dan cintailah pula yang jahat karena Aku."

Imran bin Ma'qal mendengar bahwa Imam Ja'far al-Shadiq mengatakan,"janganlah kalian meninggalkan silaturahmi kepada keluarga Muhammad alaihim assalam dengan harta kalian.barangsiapa kaya,berikan meraka sesuai kekayaannya.Barangsiapa miskin,berilah mereka sesuai kemampuannya.Barangsiapa mengharapkan hajatnya yang terpenting akan dikabulkan ALLAH Swt, bersilaturahmilah kepada keluarga Muhammad alaihim assalam dan pengikut meraka sesuai dengan harta yang diperlukan."

Imam Ali al-Ridha berkata,"Telah berbicara kepadaku Abu Musa bin Ja'far,yang meriwayatkan dari ayah beliau,Imam Ja'far bin Muhammad, dari ayahnya Imam Muhammad bin Ali,dari Ayahnya Imam Ali bin Hussein,dari Ayahnya Imam Ali bin Abi Thalib,yang berkata bahwa Rasulullah saww menyatakan,' Ada empat orang yang akan aku syafaati walaupun mereka berlumuran dosa seluruh penduduk bumi.pertama,orang yang membawa pedang untuk berjihad bersama keturunanku. Kedua,orang yang memenuhi keperluan mereka.ketiga,orang yang mengusahakan sesuatu untuk mereka demi kemaslahatan mereka ketika mereka dalam kesulitan. Keempat,orang yang mencintai mereka dengan hati dan lidah mereka."

Janganlah engkau mengurangi penghormatanmu terhadap mereka yang kurang baik. Sebab mereka bukanlah para hakim yang dapat dihentikan dari jabatannya karena tidak bekerja dan melakukan kewajibannya. Namun mereka adalah jabatan nasab yang melekat dan kekal selama-lamanya. Jabatan lain dapat ditarik karena kedurhakaan. Namun ada pula jabatan yang tak dapat dicabut walaupun itu melanggar perintah Tuhan.

Ya, jika meninggalkan nahi mungkar (mencegah kemungkaran) karena menghormati orang yang berbuat maksiat itu dilarang dalam syariat, berarti itu harus ditinggalkan. Namun jika melihat peristiwa yang dialami Ahmad bin Ishaq al-Asy'ari dengan Sayyid Husain bin al-Hasan al-Fathimi justru tidak jadi masalah (dapat dilakukan). Sebaiknya di satu sisi ia menghormati namun di sisi lain harus mencegah kemungkaran dengan cara sembunyi-sembunyi dan tidak di depan khalayak ramai.

Diceritakan bahwa Husain bin Hasan bin Husain bin Ja'far bin Muhammad bin Ismail bin Ja'far al Shadiq dengan terang-terangan di kota Qum meminum minuman keras.pada suatu hari,dikarenakan suatu keperluan,ia pergi ke rumah Ahmad bin Ishaq al-Asy'ari yang merupakan seorang perwakilan yang mengurusi urusan perwakafan di kota Qum. Namun Ahmad tak mengizinkan masuk ke rumahnya sampai ia pulang dengan hati sedih dan kecewa.tak lama kemuadian,Ahmad bin Ishaq al-Asy'ari pergi menuju tanah suci untuk melaksanakan ibadah haji.sesampainya di samara,ia menemui Imam Abi Muhammad al-Askari dan meminta izin beliau untuk masuk ke rumahnya.Namun beliau tak mengizinkannya. Ia pun menangis dan memohon agar dibolehkan menemui beliau.lalu Imam mengizinkanya. Setelah masuk, ia langsung bertanya,"Wahai putra Rasulullah,mengapa Anda mencegah-ku masuk kerumah Anda sementara aku adalah pengikut dan pencintamu?" Beliau menjawab,"mengapa engkau mengusir patra paman kami dari pintu rumahmu?" Lalu Ahmad bin Ishaq al-Asy'ari menangis dan bersumpah kepada ALLAH Swt tak akan lagi melarangnya masuk ke rumahnya sampai ia berhenti dan bertobat dari meminum arak. Imam Abi Muhammad al-Askari berkata," Engkau benar. Namun engkau tetap harus menghormati dan memuliakan mereka,bagaimanapun keadaan mereka.janganlah engkau menghina dan meremehkan mereka karena mereka punya hubungan nasab dengan kami. Kalau tidak, engkau akan menjadi orang-orang yang merugi."

Setelah Ahmad bin Ishaq al-Asy'ari kembali ke Qum,tiba-tiba dating kepadanya beberapa pembesar mereka,yang salah satunya adalah Husain bin Hasan. Melihat Husain bin Hasan, Ahmad bin Ishaq al-Asy'ari langsung menyambutnya, menghormatinya, dan mendudukkannya di tempak terdepan. Melihat perbuatan Ahmad bin Ishaq al-Asy'ari yang ganjil itu, Husain bin hasan keheranan dan berusaha menjauhinya.lalu ia menanyakan sebab perbuatannya yang aneh itu. Ahmad bin Ishaq al-Asy'ari menceritakan peristiwa yang terjadi antara dirinya dengan Imam al-Askari.mendengar cerita itu, Husian bin Hasan menyesali segala perbuatan buruknya dan bertobat kepada ALLAH Swt. Ia lalu pulang ke rumahnya dan membuang semua minuman kerasnya,memecah segala peralatannya,sampai berbalik menjadi hamba ALLAH Swt yang bertakwa,wara',saleh,gemar beribadah,dan selalu beritikaf di masjid sampai wafatnya.

Saya tidak mengharuskan engkau menghormati Bani Hasyim selain keturunan Fathimah alaihas salam, seperti keturunan Agil dan Abbas paman Nabi saaw meskipun dari sisi nasab, mereka memang mulia. Namun cinta dan penghormatan kepada mereka tidak termasuk penganti upah risalah sebagaimana dijelaskan dalam ayat di atas.

Ya, saya mengharuskan engkau menghormati keturunan Rasulullah saw, baik yang merujuk secara syariat kepada ibu maupun yang merujuk pada ayah. Sebab putra dari pihak ibulah patra yang sebenarnya,sebagaimana banyak diterangkan dalam beberapa hadis. Oleh kerana itu,Imam Hasan dan Imam Husain alaihim assalam adalah putra Rasulullah saw yang sebenarnya,begitu pula lainnya yang merujuk pada ibu dari keturunan Rasulullah Saww; ia adalah anak cucu Rasulullah Saaw yang sebenarnya,sekalipun tidak mendapat khumus.

Hammad bin Isa meriwayatkan dari beberapa sahabat yang bersumber dari al-'abd al-shalih yang berkata, "khumus dikeluarkan dari lima hal; rampasan perang,hasil penyelaman,harta karun,hasil tambang dan pelayaran." Dari kelima harta tersebut diambil khumus untuk orang-orang yang sudah ditentukan ALLAH Swt dan empat perlima darinya dibagikan untuk orang yang berjuang dan para pengurusnya. Khumus dibagikan untuk enam pihak; ALLAH Swt,Rasulullah Saww,keluarga beliau,anak-anak yatim,fakir miskin dan ibnu sabil (musafir).

Bagian ALLAH dan Rasul-Nya adalah untuk ulil amri(penguasa) dan pewaris Rasulullah saw w ada tiga bagian; dua bagian sebagai warisan dan satu bagian dari ALLAH; seluruhnya adalah setengah dari khumus dan sisanya,setengah lagi untuk Ahlul Bait Rasulullah saw,para anak yatim mereka, fakir miskin dari keluarga mereka, dan ibnu sabil mereka. Khumus diberikan untuk mereka sebagai ganti pemberian sedekah,sebagaI penyuci bagi Rasulullah saw dan keluarga beliau serta sebagai penghormatan kepada mereka untuk menjauhkan dari kotoran harta manusia. Dengan khumus yang diberikan secara khusus itu mereka terjauh dari kehinaan dan kerendahan, dan tidak jadi masalah seandainya sedekah itu berasal dari kalangan mereka untuk mereka sendiri.

Mereka yang mendapat khumus adalah kerabat Nabi saaw yang termaktub dalam firman ALLAH Swt: Dan berikah peringatan kepada kerabat-kerabatmu terdekat.(al-Syuara:214) mereka ADALAH BANI Abdul Muthalib, baik pria maupun wanita, bukan orang-orang Quraisy pada umumnya, bukan pula orang-orang Arab keseluruhan. Barangsiapa ibunya dari bani hasyim dan ayahnya dari bani Quraisy secara umam, halal menerima zakat. Namun para fakir miskin dari kerabat Rasulullah Saww memperoleh setengah dari khumus, yang tentunya lebih mencukupi daripada sedekah..

Keturunan Rasulullah

Keturunan Rasulullah

Rasulullah sangat sayang akan keturunannya. Adapun keturunan Rasulullah ialah Syed, Syeikh dan Syarifah. Rasulullah sangat marah apabila keturunannya disakiti. Kita kena sayang keturunan Rasulullah yang berperangai baik mahupun jahat. Kalau perangai jahat, maknanya dia belum dapat hidayah Allah. Itu kelebihan mereka, jika kita menyakitinya, akan dijanjikan tulah atau daulat. Apapehal pun, mereka tetap keturunan Rasulullah. Contoh, walaupun adik kita degil dan jahat, kita tetap sayang akan adik kita. Begitu juga Rasulullah, walaupun ada keturunannya belum dapat hidayah Allah, tapi baginda tetap sayangkannya. Maka kita tidak boleh menyakiti orang yang Rasulullah sayang.
Adapun pada satu ketika umat Islam di zaman Rasulullah mengutuk dan mencela Abu Lahab, iaitu bapa saudara Rasulullah. Maka kata Rasulullah, Sudah, cukup-cukup, jika engkau menyakitinya maka engkau menyakiti hatiku. Mereka bertanya, Mengapa Ya Rasulullah? Ini kerana Abu Lahab ialah bapa saudaraku dan dia adalah dari keturunanku juga. Sehinggakan ada para ulamak yang sangat menjaga adab tidak membaca Surah Al Masad.. Tabbats yada..hingga akhir surah...
Adapun jika seseorang itu sengaja meletakkan nama Syed pada namanya atau orang lain seperti nama anak, maka dalam satu riwayat Rasulullah mengancam mereka kerana mereka dikira menipu dan menyamar keturunan daripada kalangan keturunan Rasulullah.
Adapun nama keturunan Syed itu ada juga yang dihazafkan pada nama mereka, maka kita kena berhati-hati jangan sebarangan mengutuk orang kerana ditakuti mereka daripada golongan keturunan Rasulullah yang tiada nama Syed pada pangkal nama.. seperti Ustaz di Baitul QuraĆ¢€™, Ustaz Haji Zulkifli bin Haji Ismail, beliau daripada keturunan Rasulullah. Sebab itu dalam Islam terdapat larangan mencela, mengumpat dan menghina orang lain.