Keturunan Rasulullah
Rasulullah sangat sayang akan keturunannya. Adapun keturunan Rasulullah ialah Syed, Syeikh dan Syarifah. Rasulullah sangat marah apabila keturunannya disakiti. Kita kena sayang keturunan Rasulullah yang berperangai baik mahupun jahat. Kalau perangai jahat, maknanya dia belum dapat hidayah Allah. Itu kelebihan mereka, jika kita menyakitinya, akan dijanjikan tulah atau daulat. Apapehal pun, mereka tetap keturunan Rasulullah. Contoh, walaupun adik kita degil dan jahat, kita tetap sayang akan adik kita. Begitu juga Rasulullah, walaupun ada keturunannya belum dapat hidayah Allah, tapi baginda tetap sayangkannya. Maka kita tidak boleh menyakiti orang yang Rasulullah sayang.
Adapun pada satu ketika umat Islam di zaman Rasulullah mengutuk dan mencela Abu Lahab, iaitu bapa saudara Rasulullah. Maka kata Rasulullah, Sudah, cukup-cukup, jika engkau menyakitinya maka engkau menyakiti hatiku. Mereka bertanya, Mengapa Ya Rasulullah? Ini kerana Abu Lahab ialah bapa saudaraku dan dia adalah dari keturunanku juga. Sehinggakan ada para ulamak yang sangat menjaga adab tidak membaca Surah Al Masad.. Tabbats yada..hingga akhir surah...
Adapun jika seseorang itu sengaja meletakkan nama Syed pada namanya atau orang lain seperti nama anak, maka dalam satu riwayat Rasulullah mengancam mereka kerana mereka dikira menipu dan menyamar keturunan daripada kalangan keturunan Rasulullah.
Adapun nama keturunan Syed itu ada juga yang dihazafkan pada nama mereka, maka kita kena berhati-hati jangan sebarangan mengutuk orang kerana ditakuti mereka daripada golongan keturunan Rasulullah yang tiada nama Syed pada pangkal nama.. seperti Ustaz di Baitul QuraĆ¢€™, Ustaz Haji Zulkifli bin Haji Ismail, beliau daripada keturunan Rasulullah. Sebab itu dalam Islam terdapat larangan mencela, mengumpat dan menghina orang lain.
No comments:
Post a Comment